'Guru Pemacu Reformasi Pendidikan'

Fadhlina melawat reruai pameran pelajar sekolah pada program Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan 2025 di Taiping pada Ahad.
Fadhlina melawat reruai pameran pelajar sekolah pada program Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan 2025 di Taiping pada Ahad.
A
A
A

TAIPING - Guru Pemacu Reformasi Pendidikan' menjadi tema sambutan Hari Guru yang mengangkat peranan golongan pendidik dalam menggerakkan perubahan pendidikan negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dengan pelbagai program dianjurkan bermula Mei depan.

Menurut beliau, tema itu dipilih bertepatan dengan gerakan reformasi pendidikan yang sedang melaksanakan pengukuhan selaras enam agenda Kementerian Pendidikan (KPM).

“Pada tahun ini kita memulakan reformasi sekolah yang memberikan tumpuan kepada penambahbaikan yang kita laksanakan di peringkat kecil dalam sistem persekolahan kita iaitu bilik darjah.

"Reformasi sekolah ini mesti diterajui oleh para guru dan pentadbir untuk memastikan bahawa apa yang sedang kita laksanakan ketika ini benar-benar memberikan kesan dan impak kepada pendidikan negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Gerakan Massa:#terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Datuk Azman Adnan.

Sementara itu, Azman berkata, tema sambutan Hari Guru tahun ini relevan dengan perkembangan kini KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

AZMAN
AZMAN

"Guru berfungsi sebagai penggerak utama untuk memastikan bahawa kualiti pendidikan di negara kita akan dapat ditingkatkan seawal peranan guru-guru kita memandaikan anak-anak murid dalam bilik darjah.

Artikel Berkaitan:

"Harapan saya kepada seluruh warga pendidik berjumlah 430,000 kini yang sedang berkhidmat di 10,236 buah sekolah seluruh negara agar dapat menghayati dan memastikan bahawa tema hari guru ini dapat kita aplikasi dalam membangunkan anak-anak didik seluruh negara," katanya.

Azman berkata, setiap langkah membangunkan negara bermula daripada sistem pendidikan yang akan memberi manfaat kepada 5.2 juta pelajar seluruh negara.

"Kita mampu gilap mereka menjadi anak-anak yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. "Terima kasih kepada semua guru kerana kalau bukan kerana mereka tak mungkin anak-anak didik kita akan menjadi warganegara yang diharapkan oleh negara," katanya.

Gerakan Massa #terimakasihguru hargai warga pendidik

TAIPING - Gerakan Massa #terimakasihcikgu merupakan suatu momentum dalam menghargai peranan warga pendidik sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Guru 2025.

Fadhlina (tengah) melancarkan program Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan 2025 di Taiping pada Ahad.
Fadhlina (tengah) melancarkan program Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan 2025 di Taiping pada Ahad.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Gerakan Massa harus signifikan bagi mencetus kesedaran yang mencetus nyala rasa dan citra nurani untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Apabila kita bercakap mengenai Gerakan Massa, sistem yang harus menerajuinya adalah pendidikan yang akan menavigasikan kompas moral masyarakat.

"Program Gerakan Massa bukan sebuah ritual tahunan sebaliknya ia adalah komitmen besar-besaran memberi kesedaran kepentingan pendidikan," ucapnya pada pelancaran Gerakan Massa:#terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sini pada Ahad.

Tambah beliau, pendidikan karakter adalah antara tumpuan utama Kurikulum Persekolahan 2027. "Guru perlu terus memainkan peranan untuk menangani isu moral anak-anak.

Kesarjanaan perlu dibina dalam pendidikan dan ia adalah tugas sepanjang hayat.

"Selagi nyala rasa menyala, selagi bernyawa, selagi nadi berdenyut, berbakti lah untuk pendidikan demi manfaat seluruh masyarakat. Selagi saya dan Timbalan Menteri Pendidikan ada di KPM, kami akan pertahankan warga guru di seluruh negara," katanya.

Gerakan Massa #terimakasihcikgu merupakan sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh KPM sejak 2018 sebagai inisiatif untuk menghargai jasa guru-guru di seluruh negara dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya peranan guru dalam membentuk masa depan anak-anak bangsa.

Tahun ini, majlis pelancaran kempen tersebut diadakan di sini dengan pengisian beberapa aktiviti menarik seperti aktiviti sihat cergas, karnival Gerakan Massa #terimakasihcikgu melibatkan 62 reruai, bicara ilmu dan aktiviti khidmat masyarakat.

Kempen itu bertujuan menghargai jasa guru melalui penglibatan dan kebersamaan ibu bapa, komuniti serta pihak swasta sebagai rakan strategik dalam dunia pendidikan.

REAKSI

No Image Caption



Peranan seorang guru itu sendiri amat penting dalam memastikan generasi modal insan kita bergerak seiring mengikut perubahan ke arah sistem pendidikan yang lebih baik. ” - Guru SMK Bukit Jana, Ros Azlinda Sazreen Abd Aziz.

No Image Caption



Negara kini ke arah merealisasikan dasardasar KPM berikutan guru-guru kita hebat di luar dan dalam negara bagi melahirkan anak murid yang lebih cemerlang dan kalis masa hadapan.” - Guru Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Khoo Phau Tzen.

No Image Caption

Tema Hari Guru bertepatan kerana sekarang kita ke arah digital reformasi selaras dengan Dasar Pendidikan Digital negara.Sebagai guru kita bersedia ke arah itu demi masa depan murid-murid.” - Guru Besar, Rozita Ibrahim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!