IKN warisan cinta, dedikasi Abdullah selepas pemergian isteri

Sumber gambar daripada hantaran IKN pada Selasa.
Sumber gambar daripada hantaran IKN pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembinaan Institut Kanser Negara (IKN) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan warisan cinta, dedikasi dan harapan kepada isterinya, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood.

Public Health Malaysia menerusi hantaran di Facebook berkata, pemergian Endon akibat kanser payudara pada 2005 telah menyentuh hati banyak pihak termasuk Allahyarham Abdullah yang kemudiannya berusaha memastikan lebih ramai rakyat di negara ini dapat mengakses rawatan kanser yang lebih menyeluruh.

“Dari kasih yang tidak sempat disembuhkan, beliau (Allahyarham Abdullah) bangkit meneruskan perjuangan agar orang lain tidak perlu merasai kepedihan yang sama.

“Di bawah naungan beliau, tapak seluas 430 hektar di Presint 7, Putrajaya telah diperuntukkan khas untuk pembinaan IKN,” katanya pada Selasa.

Allahyarham Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun, Isnin jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat sumber terdekat dengan keluarga Allahyarham, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu dimasukkan ke wad IJN sejak awal pagi Ahad akibat masalah sakit tua yang dihadapinya sebelum ini.

Menurut hantaran Public Health Malaysia, stapak khas di Putrajaya itu telah diperuntukkan khas untuk pembinaan institusi berkenaan yang kini berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi rawatan, latihan, penyelidikan dan pencegahan penyakit kanser di negara ini.

“IKN bukan sekadar bangunan perubatan. Ia adalah warisan cinta, dedikasi, dan harapan. Cinta seorang suami kepada isteri, cinta seorang pemimpin kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Di IKN, ramai datang mencari peluang kedua dalam hidup. Dari kehilangan perit, tertanam benih kasih sayang yang memberi nafas baharu kepada perjuangan menentang kanser,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!