Penghormatan terhadap tokoh negara tanpa kira fahaman politik, pangkat

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin pembangkang pada Istiadat Pengebumian Negara, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara mencuri tumpuan umum.
Selepas menunaikan solat jenazah, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat bersalaman dan beramah mesra dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu Anwar turut bersalaman dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa pemimpin lain yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Momen tersebut memcerminkan kematangan politik, perpaduan serta penghormatan terhadap tokoh negara tanpa mengira pangkat dan status.
Dalam pada itu pemimpin lain yang turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam; Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak; Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Tun Musa Aman.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut kelihatan selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Tun Abdullah, 85, diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Masjid Negara.
Semua bangunan di dalam jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara juga dikehendaki mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang hingga selesai Istiadat Pengebumian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!