Jangan rakam, bawa anak bawah umur tonton Blood Brothers: Bara Naga - Syafiq Yusof

Syafiq kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab berikutan beberapa rakaman babak filem berkenaan yang sudah tular menerusi aplikasi TikTok sejak Blood Brothers: Bara Naga menemui penonton di pawagam 10 April lalu.
Syafiq kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab berikutan beberapa rakaman babak filem berkenaan yang sudah tular menerusi aplikasi TikTok sejak Blood Brothers: Bara Naga menemui penonton di pawagam 10 April lalu.
A
A
A

PENGARAH filem Blood Brothers: Bara Naga, Syafiq Yusof memberi peringatan kepada penonton untuk tidak merakamkan apa-apa babak filem itu dan dimuat naik di media sosial.

Ia berikutan beberapa rakaman babak filem berkenaan yang sudah tular menerusi aplikasi TikTok sejak Blood Brothers: Bara Naga menemui penonton di pawagam 10 April lalu.

"Mohon jangan rakam video dan muat naik di TikTok," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Syafiq turut mengingatkan agar ibu dan bapa tidak membawa anak mereka yang berusia bawah 16 tahun menyaksikan filem berkenaan.

"Perhatian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Filem Blood Brothers hanyalah untuk tontonan 16 tahun ke atas sahaja.

"Di poster, di aplikasi, di kiosk pawagam dan di tiket juga sudah tertulis klasifikasi 16," tegurnya.

Antara babak dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.
Antara babak dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.

Terdahulu, beberapa penonton meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir ibu bapa membawa anak kecil menyaksikan filem Blood Brothers: Bara Naga di pawagam, walhal ia adalah untuk tontonan 16 tahun ke atas.

Bukan itu sahaja, beberapa rakaman filem berkenaan boleh ditonton di aplikasi TikTok, sekaligus menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, filem aksi arahan Syafiq bersama Abhilash Chandra berjaya mencatat kutipan RM21 juta dalam tempoh tiga hari tayangan awal.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM7 juta ini menampilkan lakonan hebat Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Kisah filem Blood Brothers: Bara Naga memaparkan perjalanan hidup Ariff lakonan Syafiq Kyle yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Datuk Zul (Wan Hanafi Su), ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

Namun Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Manakala Ghaz diamanahkan untuk memburu dan menangkap Ariff, lantas menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!