Orang ramai boleh hadir beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah bermula 10 pagi – Khairy

Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Foto Bernama
Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh mula hadir ke Masjid Negara bermula jam 10 pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, pada sidang media sebentar tadi bahawa urusan mandi dan kafan telah selesai dijalankan oleh pihak Masjid Negara dengan dibantu oleh ahli keluarga.

“Walaupun sebelum ini dimaklumkan waktu lawatan bermula jam 11 pagi, pihak Masjid Negara dan keluarga telah bersedia lebih awal. Maka kami buka kepada orang ramai untuk datang seawal jam 10 pagi,” katanya.

Jenazah kini berada di ruang solat utama Masjid Negara sebelum solat jenazah dan istiadat pemakaman negara dijadualkan berlangsung selepas solat Zuhur di Makam Pahlawan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!