Calon PN 'throw back' kenangan belajar agama hingga ke Syria

Gambar lama Abdul Muhaimin ketika zaman belajar agama Islam. Kredit Facebook Abdul Muhaimin Malek.
Gambar lama Abdul Muhaimin ketika zaman belajar agama Islam. Kredit Facebook Abdul Muhaimin Malek.
A
A
A

TAPAH - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek sebak mengenang momen dirinya mempelajari agama Islam seawal usia 10 tahun.

Abd Muhaimin yang juga Pengerusi PN Tapah berkata, beliau sempat menetap di Derang, Pokok Sena, Kedah selama sembilan tahun sejak 1991 untuk mendalami Islam dan mempelajari talaqqi kitab di Maahad Tarbiyah Islamiyah Kampung Tengah.

Menurutnya, ibu bapa antara pendorong untuk beliau terus mementingkan ilmu di samping menerapkan adab dalam diri.

“Habis Tingkatan Enam (Syahadah), saya sambung belajar talaqqi kitab pula bersama ulama, Syeikh Nuruddin dan Allahyarham Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam di maahad sama hingga Ogos 2000.

“Banyak juga kitab klasik kami khatam bersama antaranya Sunan Tarmizi, Fiqh Mughnil Muhtaj, Al-Kabair dan banyak lagi buku-buku kecil. Alhamdulillah, kemudiannya saya dapat tawaran sambung belajar di Syria.

“Masih ingat lagi perasaan gembira dan sebak bercampur baur. Impian saya ALLAH SWT makbulkan dan Yang Dipertua Persatuan Ulamak Kedah, Allahyarham Syeikh Ahmad serta Allahyarham Syeikh Abu Bakar Awang ketika itu sendiri menghantar saya ke sana,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Abd Muhaimin dipilih sebagai calon mewakili PN bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man sempena Majlis Pengisytiharan Calon PN PRK DUN Ayer Kuning di Dataran Awam Tapah Road pada 8 April lalu.

Ketika berucap selepas diumumkan sebagai calon, Abd Muhaimin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan diberikan pimpinan Pas terhadapnya.

Artikel Berkaitan:

Abd Muhaimin, 44, merupakan anak jati Ayer Kuning dan Pengetua Maahad Tahfiz Addin sejak 2015.

Beliau dicabar Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir mewakili calon Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 39.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!