Kelulusan khas permohonan perolehan buku teks DLP PT3

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan memberikan kelulusan khas bagi permohonan melaksanakan perolehan buku teks Dual Language Programme (DLP) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rundingan terus pada September tahun lalu.

Langkah itu dibuat bagi memastikan keperluan pelajar dapat dipenuhi segera selari dengan matlamat kementerian yang begitu mementingkan kebajikan pelajar.

Kementerian Kewangan melalui satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya dalam memudah cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan dengan baik.

"Kementerian Kewangan sentiasa mempertimbangkan permohonan dari mana-mana kementerian atau agensi yang mempunyai keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus.

"Ia bagi memenuhi sesuatu keperluan yang kritikal dan mendesak, terutama sekali untuk perkara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: