Kes rasuah Zahid: Armada tuntut pendirian Muhyiddin

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa tuduhan kes ke atasnya adalah pendakwaan politik dan terpilih.

Armada dalam kenyataannya hari ini berkata, susulan dakwaan Ahmad Zahid itu, pihaknya mendesak penjelasan Muhyiddin yang juga Perdana Menteri kelapan berhubung kenyataan berkenaan.

"Armada menuntut pendirian Presiden mengenai perkara ini. Adakah Tan Sri bersetuju bahawa pendakwaan terhadap Ahmad Zahid adalah pendakwaan politik dan terpilih?

“Bukankah akar umbi dan ahli telah berhempas pulas memastikan salah laku Zahid Hamidi dibawa ke pengadilan atas prinsip ketelusan dan 'maslahah ammah'?” katanya melalui kenyataan berkenaan.

Menurutnya, Bersatu akan terus menjadi parti Melayu yang bermaruah demi agama, bangsa dan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan beliau akan membersihkan namanya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

"Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes hanya ditangguhkan, tak gugur: Zahid

Artikel Berkaitan: