Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di LPT2

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam longkang. Foto JBPM Terengganu
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam longkang. Foto JBPM Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Bukit Besi, Dungun pagi Jumaat.

Che Rosli Che Mat, 57, dari Pasir Putih, Kelantan yang ketika itu memandu berseorangan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zamri Muda berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan itu pada 11.04 pagi sebelum 10 anggota termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) digegaskan ke lokasi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City telah terbabas ke dalam longkang. Pemandu seorang lelaki dewasa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

"Tindakan anggota menggunakan peralatan khas bagi kerja-kerja mengeluarkan mangsa dan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!