EAIC cari Faisal, Khairullah bantu siasatan

Khairullah dan Faisal sedang dikesan EAIC sebagai saksi penting bagi membantu siasatan.
Khairullah dan Faisal sedang dikesan EAIC sebagai saksi penting bagi membantu siasatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang mengesan dua lelaki sebagai saksi penting bagi membantu siasatan kes oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Unit Korporat EAIC dalam kenyataan berkata, individu itu ialah Faisal A Hamid, 5,1 dan Khairullah Ahmad, 54.

"Sehubungan itu, EAIC memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mana-mana individu berkenaan untuk menghubungi pihak EAIC dengan kadar segera.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Abdul Faizzani Abdul Aziz di talian 019-232 5569," katanya pada Jumaat.

Tambahnya, kerjasama daripada orang awam amat dihargai.

Jelasnya, ini bagi membantu kelancaran proses siasatan serta menyokong usaha EAIC dalam memastikan integriti dan akauntabiliti agensi penguatkuasaan di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!