China 'bergabung' dengan EU lawan AS

China dan EU sepakat untuk mengukuhkan komunikasi di bawah rangka kerja WTO.
China dan EU sepakat untuk mengukuhkan komunikasi di bawah rangka kerja WTO.
A
A
A

BEIJING - China dan Kesatuan Eropah (EU) saling bertukar pandangan mengenai usaha mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan sebagai respons terhadap pelaksanaan tarif tinggi Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Perdagangan di Beijing pada Khamis mengesahkan rundingan antara Menteri Perdagangan, Wang Wentao dan Pesuruhjaya Keselamatan Perdagangan dan Ekonomi Eropah, Marcos Sefcovic itu dilakukan menerusi panggilan video pada awal minggu lalu.

"Antara yang dibincangkan adalah mengenai rundingan semula tentang harga minimum kenderaan elektrik. Wentao turut menyatakan kesediaan Beijing untuk menjalinkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama industri lebih kukuh bersama blok berkenaan.

"Beliau juga menggesa kerjasama untuk melindungi sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan dan mematuhi liberalisasi serta kemudahan dagang. Ia bertujuan untuk menyuntik lebih kestabilan dan kepastian ke dalam ekonomi serta perdagangan global," ujar kementerian itu lagi.

China dan EU sepakat untuk mengukuhkan komunikasi di bawah rangka kerja Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) serta bersama-sama mempromosikan pembaharuan agensi tersebut.

Dalam perkembangan lain, Beijing pada Rabu telah memfailkan aduan kepada WTO berhubung tarif melampau dikenakan AS dan mendakwa Presiden Donald Trump sengaja menggunakan taktik 'buli'.

China sekali lagi menegaskan mereka tidak berminat untuk terlibat 'perang tarif' tersebut, namun tidak gentar dengan ancaman levi secara berterusan yang dibuat Washington. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!