Penangguhan tarif Trump melegakan - PM

Anwar menyifatkan langkah Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada kebanyakan negara bagi tempoh 90 hari melegakan Malaysia.
Anwar menyifatkan langkah Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada kebanyakan negara bagi tempoh 90 hari melegakan Malaysia.
A
A
A
PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyifatkan langkah Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada kebanyakan negara bagi tempoh 90 hari melegakan Malaysia.

Ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Reformasi (PETRA), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu turut melibatkan kadar tarif timbal balik 24 peratus yang dikenakan AS terhadap negara ini.

"Malaysia terlibat dalam penangguhan, oleh itu melegakan sebentar," katanya pada Khamis.

Presiden AS Donald Trump pada Rabu mengumumkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang.

Langkah itu disifatkannya sebagai hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah sebagai faktor.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun, penangguhan itu tidak terpakai terhadap China, malah Trump meningkatkan tarif timbal balik ke atas negara itu kepada 125 peratus serta-merta, berbanding 84 peratus sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!