Pemimpin ASEAN adakan mesyuarat khas bincang potensi gangguan perdagangan - Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas pemimpin ASEAN akan diadakan untuk membincangkan langkah menangani potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan susulan peningkatan cabaran geopolitik dan ekonomi ketika ini.

Menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat khas Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) hari ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu bertujuan untuk memastikan ASEAN terus menjadi hab yang stabil, berdaya saing dan menarik bagi perdagangan dan pelaburan global.

Beliau juga berkata pendirian yang dinyatakan dalam Kenyataan Media Bersama AEM akan dibentangkan pada mesyuarat khas Pemimpin ASEAN. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!