[VIDEO] Ranu Manduro seakan New Zealand kini ditutup

Ranu Manduro seakan seperti negara New Zealand menjadi tumpuan ramai, namun telah ditutup - Foto Tribun News
Ranu Manduro seakan seperti negara New Zealand menjadi tumpuan ramai, namun telah ditutup - Foto Tribun News
A
A
A

JAWA TIMUR - Berikutan tular pemandangan padang rumput Ranu Manduro seakan seperti lokasi di New Zealand, kawasan tersebut kini menjadi tumpuan ramai di Jawa Timur, Indonesia.

Para pengunjung tidak mahu melepaskan peluang menikmati keindahan Ranu Manduro selain merakam gambar dan video untuk dimuat naik di laman sosial, lapor Tribun News.

Bagaimanapun, pemiliknya, PT Wira Bumi membuat pengumuman kawasan tersebut tidak dibuka kepada orang ramai dan papan tanda larangan juga dipasang di pintu masuk tertera 'dilarang keras wilayah pertambangan tanpa izin'.

Larangan tersebut bertujuan memelihara keaslian dan keindahan kawasan tersebut daripada tercemar.

Ketua Kampung Manduro Mangung Gajah, Eka Dwi Frimansyah turut mengesahkan kawasan berkenaan sudah ditutup.

"Penduduk berbicara dengan pemilik supaya membenarkan kawasan Ranu Manduro dibuka kerana ramai pengunjung di bandar teringin menikmati pemandangan alam semula jadi selain boleh mengaut keuntungan.

"Saya masih berusaha berbincang dengan pemilik tanah," katanya.

Terdahulu, Ranu Manduro tular di laman sosial kerana memiliki pemandangan indah kerana lokasinya mirip lokasi di New Zealand dan diliputi kabus tebal.

Artikel Berkaitan:

Menerusi Twitter Jawafess, kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai hingga ada yang membawa khemah seakan-akan berkampung di lokasi tersebut.

Video dimuat naik semalam mencecah 1.3 juta tontonan daripada netizen setakat jam 12 tengah hari ini.