Kebakaran di rumah jagaan ragut 20 nyawa

SHIJIAZHUANG - Kebakaran di sebuah rumah jagaan di Wilayah Hebei, utara China, telah meragut 20 nyawa, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu, lapor Xinhua.
Kebakaran itu berlaku kira-kira jam 9 malam pada Selasa di Daerah Longhua, Bandar Chengde.
Sehingga jam 3 pagi Rabu, seramai 20 orang disahkan maut.
Punca kebakaran sedang disiasat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
