ZPP mula bayar Skim Kafalah Mahabbah

x-default
x-default
A
A
A
BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah memulakan pembayaran Skim Kafalah Mahabbah atau skim khairat kematian kepada Mustahiq (penerima zakat bulanan) dan Muzakki (pembayar zakat) yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, setakat ini ZPP telah menyalurkan pembayaran skim berkenaan kepada tujuh waris Mustahiq dan enam waris Muzakki dan wang berkenaan telah dikreditkan terus ke akaun waris.

“Setakat ini ZPP telah menyalurkan sebanyak RM13,000 melalui skim berkenaan termasuk tiga keluarga di daerah Seberang Perai Tengah di sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Skim Kafalah Mahabbah telah dilancarkan pada 31 Ogos 2019 oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang membolehkan waris Muzakki dan Mustahiq menerima sumbangan RM1,000.

Syarat bagi skim ini adalah pembayar (Muzakki) perlu membuat bayaran zakat sebanyak RM100 minimum setahun dan penerima bantuan bulanan zakat (Mustahiq).
Artikel Berkaitan:


Dengan adanya Skim Kafalah ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga waris Muzakki dan Mustahiq yang meninggal dunia.