Gol roket Rice benam Real Madrid

Gol pertama Rice hadir menerusi sepakan percuma pada minite ke-58. Foto Agensi
Gol pertama Rice hadir menerusi sepakan percuma pada minite ke-58. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tengah England, Declan Rice menjadi wira Arsenal apabila meledak dua gol menakjubkan menerusi sepakan percuma dalam kemenangan bergaya 3-0 ke atas Real Madrid dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Emirates, awal pagi Rabu.

jaringan Rice pada minit ke-58 dan m-70 ternyata menjadi pemisah dalam perlawanan yang menyaksikan Real, juara 15 kali kejohanan gagal menyaingi rentak The Gunners dan terpaksa bergantung kepada aksi cemerlang penjaga gol mereka, Thibaut Courtois untuk mengelak kekalahan lebih besar.

Arsenal bermula garang sejak awal permainan dan menguji pertahanan Real beberapa kali. Peluang terbaik hadir menerusi dua percubaan berturut-turut yang diselamatkan Courtois — pertama menafikan sepakan Rice, diikuti percubaan susulan Gabriel Martinelli sebelum tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0.

Gol kedua Rice hadir dengan gaya berbeza apabila dia melengkung bola cantik ke penjuru atas gawang, meletakkan Arsenal selesa di hadapan. - Foto Agensi
Gol kedua Rice hadir dengan gaya berbeza apabila dia melengkung bola cantik ke penjuru atas gawang, meletakkan Arsenal selesa di hadapan. - Foto Agensi

Namun, dua detik magis Rice selepas rehat memadam harapan Real untuk menguasai aksi timbal balik di Santiago Bernabeu nanti.

Sepakan percuma pertamanya menembusi penjaga gol dan benteng pertahanan Real yang leka apabila ramai menjangka Bukayo Saka akan mengambil sepakan tersebut.

Gol kedua Rice hadir dengan gaya berbeza apabila dia melengkung bola cantik ke penjuru atas gawang, meletakkan Arsenal selesa di hadapan.

Merino melengkapkan kemenangan selesa Arsenal di Stadium Emirates. - Foto Agensi
Merino melengkapkan kemenangan selesa Arsenal di Stadium Emirates. - Foto Agensi

Lima minit kemudian, pemain gantian Mikel Merino menamatkan malam suram Real dengan rembatan rendah yang tepat ke penjuru bawah gawang untuk kedudukan 3-0.

Artikel Berkaitan:

Kekecewaan Real memuncak apabila Eduardo Camavinga dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana menghentak bola dalam keadaan marah di masa kecederaan.

Kemenangan ini menyaksikan Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga pertemuan terakhir menentang Real di pentas UCL, sekali gus menjadi pilihan utama untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam 16 tahun.

Sebaliknya, kekalahan ini merupakan yang pertama buat Real dalam aksi suku akhir pertama UCL sejak sembilan perlawanan lalu, dan mereka kini perlu bangkit di Santiago Bernabeu minggu hadapan jika mahu menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!