Hina Agong: Penahanan 'Aaron Yee' bukti polis tegas

Ngah (depan, lima dari kanan) bersama pemimpin dan ahli Pekida Kuantan tampil membuat laporan polis di IPD Kuantan di sini semalam berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Facebook
Ngah (depan, lima dari kanan) bersama pemimpin dan ahli Pekida Kuantan tampil membuat laporan polis di IPD Kuantan di sini semalam berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Facebook
A
A
A

KUANTAN - Kepantasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemilik akaun Facebook dengan nama 'Aaron Yee' bagi membantu siasatan berhubung status berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuktikan pihak berkuasa di negara ini tidak mengambil ringan terhadap isu berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Pahang, Datuk Ngah Ismail berkata, penahanan itu membuktikan pihak polis bertegas terhadap perbuatan seumpama itu yang dikhuatiri boleh menimbulkan kebencian terhadap institusi beraja.

"Difahamkan tindakan segera telah diambil dan 'Aaron Yee' telah ditahan. Jadi, Pekida berterima kasih kepada pihak polis kerana bertindak segera, apatah lagi dalam suasana politik sekarang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.

Sebelum itu, Ngah berkata, kenyataan didakwa berbaur penghinaan terhadap Al-Sultan Abdullah itu diketahuinya menerusi aplikasi WhatsApp pada 29 Februari lalu.

"Perbuatan ini mengundang kemarahan Pekida dan orang Melayu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditahan hina Agong di Facebook

Artikel Berkaitan: