Mangsa kedua lemas di Pulau Mawar ditemui

Mayat lelaki warganegara India yang lemas ditemui pada jarak 300 meter dari tempat mangsa dipercayai lemas di Pulau Mawar Mersing. Foto JBPM Johor
Mayat lelaki warganegara India yang lemas ditemui pada jarak 300 meter dari tempat mangsa dipercayai lemas di Pulau Mawar Mersing. Foto JBPM Johor
A
A
A

MERSING – Mangsa kedua yang lemas ketika mandi di Pulau Mawar di sini, pada petang Isnin akhirnya ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi dihanyutkan arus.

Mangsa warganegara India, Narayanan Ravi, 45, ditemukan sekitar jam 4.50 petang oleh anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan II (KUP) Azman Yahya berkata, operasi pencarian dimulakan sejurus pasukan tiba di lokasi pada jam 2.56 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 petang.

“Mayat mangsa ditemui pada jarak 300 meter dari tempat dia dipercayai lemas.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya di Pulau Mawar, Mersing pada Isnin. Foto JBPM Johor
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya di Pulau Mawar, Mersing pada Isnin. Foto JBPM Johor

"Pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan tali bagi menarik mangsa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Sebelum itu, seorang mangsa, warganegara Singapura, Yogaraj Veeran, 37, ditemui terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri di permukaan air dan disahkan telah meninggal dunia.

Manakala seorang lagi rakan mereka, warga tempatan, K Anpananthan, 39, berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku ketika mereka bertiga sedang mandi di pantai terbabit.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.21 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!