Dilema bujang senja: Wanita dominasi laman cari jodoh

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SIFAT malu yang menebal dalam diri wanita menjadi faktor utama golongan itu mendominasi laman cari jodoh dalam talian.

Pengendali laman cari jodoh Baitulmuslim.com, Mohamad Hasrul Hamimie Abd Hadi, 32, berkata, wanita yang semula jadi mempunyai sifat malu itu lebih selesa bersosial di alam maya berbanding kehidupan nyata.

“Ini terbukti apabila dalam lebih 60 peratus daripada 50,000 pendaftaran ahli di Baitulmuslim.com ialah golongan wanita berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun.

“Mereka menggunakan platform kami untuk mencari jodoh kerana mungkin lebih selesa untuk bersosial di alam maya. Di alam nyata iaitu di dalam kehidupan seharian, mereka mungkin bukan orang yang gemar bersosial,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.

Baitulmuslim.com merupakan platform mencari jodoh berteraskan Islamik yang dimulakan sejak 2006.

Laman cari jodoh itu menerima lebih 50,000 pendaftaran dengan lebih 50 peratus daripadanya merupakan ahli aktif.

Secara purata, Baitulmuslim.com menyatukan lima pasangan dalam tempoh sebulan.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Hasrul berkata, sebagai medium mencari jodoh, Baitulmuslim.com mengenal pasti beberapa faktor utama rakyat Malaysia berkahwin lewat berdasarkan tinjauan yang mereka lakukan.

Menurut Mohamad Hasrul, Baitulmuslim.com berjaya menyatukan lima pasangan dalam tempoh sebulan.
Menurut Mohamad Hasrul, Baitulmuslim.com berjaya menyatukan lima pasangan dalam tempoh sebulan.

Mohamad Hasrul mendedahkan, kewangan dan kerjaya menjadi dua faktor utama lelaki berkahwin lewat pada masa kini manakala bagi wanita pula adalah disebabkan oleh perasaan malu serta kerjaya.

“Kalau ikutkan pengalaman, pada hari ini untuk menguruskan majlis perkahwinan di sebelah pihak sahaja memerlukan RM20,000 hingga RM30,000. Jumlah wang yang banyak diperlukan dan ini menjadi bebanan buat mereka.

“Faktor kerjaya juga memainkan peranan. Ramai lelaki dan mahukan kestabilan terlebih dahulu dan mereka terus fokus kepada kerjaya dan tidak mempunyai masa untuk soal calon masing-masing,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilema 5 juta bujang senja Malaysia

Lebih 1 juta wanita Selangor 30 tahun ke atas masih bujang

Islam tidak galakkan kahwin lewat