Perahu Kolek Kuala Sabak

A
A
A
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Kamarudin Md Nor.
Perahu kolek, yang dihiasi dengan ukiran dan lukisan berwarna-warni bermotifkan bunga-bungaan serta haiwan, sebelum ini digunakan sebagai pengangkutan harian nelayan untuk turun ke laut. Kini, ia berfungsi sebagai perkhidmatan River Cruise yang membawa pelancong mengelilingi Sungai Pengkalan Datu.
Perahu kolek kini menjadi tarikan baharu di Kelantan, sesuai untuk semua, terutamanya mereka yang gemar menikmati pemandangan alam semula jadi dan kehidupan di sepanjang sungai. Foto: Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
