Agong terima menghadap Anwar di Istana Negara

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada Ahad.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, secara kebiasaannya, Ahad adalah waktu berehat namun Seri Paduka Baginda menjalankan tugas rasmi di pejabat di Istana Negara.

"Seawal jam 7 pagi, Seri Paduka Baginda menerima menghadap pegawai-pegawai kanan Istana Negara sebelum menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut catatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!