Rashford kembali yakin selepas tinggalkan United

Rashford kembali mendapat keyakinannya selepas meledak satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis. Foto AFP
Rashford kembali mendapat keyakinannya selepas meledak satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Aston Villa, Unai Emery mengakui Marcus Rashford kembali mendapat keyakinannya selepas meledak satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Rashford turut menjaringkan dua gol dalam aksi suku akhir Piala FA hujung minggu lalu, kembali menemui sentuhan berbisa selepas melalui tempoh sukar bersama Manchester United pada awal musim ini setelah disisihkan oleh pengurus, Ruben Amorim.

Pemain kebangsaan England itu meneruskan kebangkitan cemerlang dengan membuka tirai jaringan pada awal babak kedua selepas menerima hantaran daripada Morgan Rogers.

Dia tenang mengawal bola sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Bart Verbruggen yang menjadi gol pertamanya dalam saingan EPL bersama Villa.

"Kami telah berlatih dan meletakkannya sebagai penyerang pada Ahad lalu dan membuat keputusan untuk terus memberinya peranan itu.

"Apa yang paling penting adalah bagaimana dia merasakan keyakinannya kembali, fokus sepenuhnya kepada bola sepak, dan selesa dengan rakan sepasukan," katanya.

Rashford turut berkongsi perasaan yang sama selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Preston North End dalam aksi Piala FA.

"Ia satu perasaan yang hebat. Saya rasa semakin cergas dan semakin baik sejak tiba di sini.

"Sebagai penyerang, penting untuk sentiasa menjaringkan gol. Saya harap momentum ini dapat diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!