Kebocoran gas punca letupan masjid di Uzbekistan - Pejabat Pendakwa Raya

Pejabat Pendakwa Raya wilayah Andijan, Uzbekistan mengesahkan bahawa kebocoran gas menjadi punca letupan di sebuah masjid tempatan awal minggu ini - Foto: Agensi
Pejabat Pendakwa Raya wilayah Andijan, Uzbekistan mengesahkan bahawa kebocoran gas menjadi punca letupan di sebuah masjid tempatan awal minggu ini - Foto: Agensi
A
A
A

TASHKENT - Pejabat Pendakwa Raya wilayah Andijan, Uzbekistan mengesahkan bahawa kebocoran gas menjadi punca letupan di sebuah masjid tempatan awal minggu ini, lapor Xinhua yang memetik media tempatan pada Selasa.

Menurut siasatan, letupan berpunca akibat kebocoran gas asli di bahagian bawah tanah masjid, yang kemudian mencetuskan litar pintas apabila bekalan elektrik dihidupkan.

Kejadian tragis yang berlaku pada Isnin di wilayah Andijan, timur Uzbekistan mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 10 yang lain, menurut Kementerian Situasi Kecemasan negara itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!