AmBank tawar bantuan kepada mangsa kebakaran saluran gas

AMBANK menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas susulan kebocoran saluran paip gas hingga mencetuskan letupan dan kebakaran dalam kejadian di Putra Heights, Puchong pada Selasa.
AmBank memaklumkan, pihaknya bersedia membincangkan pilihan pembayaran balik bagi mereka yang layak mendapatkan kemudahan pembiayaan AmBank.
"Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan yang menetap atau menjalankan perniagaan di kawasan yang terlibat dalam insiden tersebut.
"Ia termasuk Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Kampung Tengah, Kampung Kenangan, dan Kampung Sungai Baru, Puchong," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perhubungan AmBank di talian 03-2178 8888, yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam.
"Boleh juga mengunjungi cawangan AmBank yang terdekat untuk maklumat lanjut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
