Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat melebihi 2,800 orang

Penyelamat Myanmar dan China membawa mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan 'Sky Villa Condominium development' di Mandalay pada 2 April 2025 - Foto: AFP
Penyelamat Myanmar dan China membawa mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan 'Sky Villa Condominium development' di Mandalay pada 2 April 2025 - Foto: AFP
A
A
A

YANGON - Angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Myanmar pada Jumaat lepas, meningkat kepada 2,886 orang, dengan 4,639 cedera dan 373 lagi masih hilang, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Rabu, lapor Xinhua.

Presiden Persatuan Palang Merah Myanmar, Myo Nyunt, memberitahu Xinhua bahawa cabaran utama dalam operasi menyelamat ketika ini termasuk penilaian bencana dan penyelarasan logistik.

Beliau berkata pasukan penyelamat menghadapi kesukaran besar untuk mengagihkan bekalan bantuan berikutan kebimbangan keselamatan di kawasan terjejas, selain kekurangan jentera berat yang amat diperlukan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!