Penghantar makanan maut, gagal elak kereta berhenti mengejut

Seorang penghantar makanan maut selepas gagal mengelak kereta yang membrek secara mengejut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kota Masai 2 di sini, pada Isnin.
Seorang penghantar makanan maut selepas gagal mengelak kereta yang membrek secara mengejut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kota Masai 2 di sini, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penghantar makanan maut selepas gagal mengelak kereta yang membrek secara mengejut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kota Masai 2 di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan yang berlaku sekitar jam 2.30 petang itu melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC dengan kereta Proton Saga dan Perodua Axia.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, menunggang dari Jalan Kota Masai 2 menghala ke Taman Kota Masai.

Motosikal yang dinaiki mangsa.
Motosikal yang dinaiki mangsa.

"Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu Proton Saga, iaitu seorang wanita warga tempatan berusia 41 tahun, membrek secara mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri belakang Proton Saga, menyebabkan kereta tersebut terlajak ke hadapan dan melanggar Perodua Axia yang berada di depan.

Bahagian belakang kereta jenis Proton Saga remuk akibat kemalangan tersebut.
Bahagian belakang kereta jenis Proton Saga remuk akibat kemalangan tersebut.

Tambah beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjatuh atas jalan di sebelah kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Mohd Sohaimi menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika menunggang atau memandu dalam keadaan hujan dan jalan licin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!