Esok nak raya, rumah dirempuh bas ekspres

Keadaan bas ekspres yang merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Sawah, Mersing awal pagi Ahad. - Foto tular
Keadaan bas ekspres yang merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Sawah, Mersing awal pagi Ahad. - Foto tular
A
A
A

MERSING - [DIKEMAS KINI] Sebuah bas ekspres dari Johor Bahru menuju ke Terengganu terbabas dan melanggar sebuah rumah di tepi jalan selepas cuba mengelak sebuah kereta dalam kejadian awal pagi tadi di Kilometer 6, Jalan Endau-Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdu Razak Abdullah Sani berkata, maklumat mengenai kemalangan itu pada jam kira-kira 1.15 pagi.

"Siasatan awal mendapati bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta yang hendak memasuki simpang jalan.

"Akibatnya, bas itu terbabas dan melanggar sebuah rumah di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Keadaan bas ekspres yang merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Sawah, Mersing awal pagi Ahad. - Foto tular
Keadaan bas ekspres yang merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Sawah, Mersing awal pagi Ahad. - Foto tular



Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut, kesemua 26 penumpang bas, termasuk pemandunya, serta pemandu kereta dan penghuni rumah tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Penumpang bas meneruskan perjalanan mereka selepas kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen Rule 10 LN 166/59," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!