Gandingan pertama Faizal, Nadhir jadi tarikan Ayah Jangan Nangis

Gandingan Faizal Hussein dan Nadhir Nasar dalam telefilem Ayah Jangan Nangis bakal memberikan mesej berguna kepada penonton.
Gandingan Faizal Hussein dan Nadhir Nasar dalam telefilem Ayah Jangan Nangis bakal memberikan mesej berguna kepada penonton.
A
A
A

BUAT pertama kalinya, aktor hebat Faizal Hussien dan pelakon yang semakin meningkat naik, Nadhir Nasar digabungkan dalam satu naskhah.

Lebih menarik lagi, kedua-dua pelakon berbakat besar itu disatukan sebagai adik-beradik menerusi telefi lem raya, Ayah Jangan Nangis.

Mengulas penglibatan mereka dalam telefi lem berkenaan, Faizal, 57, berkata, beliau menghargai peluang yang diberikan Astro selaku stesen penyiaran meng-gandingkannya dengan pelakon yang jauh lebih muda.

“Saya memang teruja bila Astro mahu menggabungkan Faizal Hussien dan Nadhir Nasar kerana tidak pernah ada mana-mana pihak yang beri peluang sebegini.

“Kebiasaannya jika diukur mengikut usia, saya mungkin menjadi bapa Nadhir, tetapi Astro tidak begitu kerana mereka lebih mengutamakan iras rupa paras antara pelakon,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Tambah Faizal, beliau juga menyukai gandingan bersama Nadhir dan menyifatkan aktor berusia 28 tahun itu profesional serta berbakat besar.

“Mudah bekerja dengan Nadhir sebab dia profesional.

“Setakat ini bila orang tahu saya bergandingan dengan Nadhir, ramai yang suka dan teruja untuk menyaksikan telefilem ini,” katanya lagi.

Selain Faizal dan Nadhir, telefilem Ayah Jangan Nangis arahan Issey Fazlisham turut dibintangi Nadia Aqilah, Airene Adriana dan Ain Sufia.

Artikel Berkaitan:

Lakonan mantap pelakon dua generasi pastinya menghidupkan jalan cerita.
Lakonan mantap pelakon dua generasi pastinya menghidupkan jalan cerita.



Ayah Jangan Nangis mengisahkan Haikal dan Shuhada telah melayari perkahwinnan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia 15 tahun bernama Syamin dan seorang perempuan berusia 10 tahun yang diberi nama Syafia.

Sepanjang perkahwinan, mereka hidup dalam keadaan yang sederhana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pekerjaan Haikal yang hanya sebagai seorang pemandu lori sepenuh masa di dalam kawasan perkampungan, tidak memberi kemewahan buat Shuhada.

Shuhada meminta penceraian kerana menyesal dan terlalu menderita hidup susah bersama Haikal, sedangkan Haikal tetap rasa bahagia dengan anak isterinya, menerima keadaan hidup dalam ketidaksempurnaan. Namun tidak bagi Shuhada, yang menganggap Haikal memang tidak mampu beri kemewahan selama perkahwinan mereka.

Selepas hampir berhari-hari mereka bergaduh suami isteri, akhirnya Haikal dalam keterpaksaan, melepaskan jua Shuhada dengan talak satu. Shuhada pergi tinggalkan Syamindan Syafia dalam jagaan Haikal dan kembali semula kepada keluarganya yang memang berasal orang senang dengan pelbagai kemewahan.

Berkongsi kelebihan Ayah Jangan Nangis, Faizal berkata, telefi lem berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri dan membawa banyak mesej berguna.

Antaranya adalah menghargai orang yang menyayangi kita sepenuh hati dan pengorbanan dalam menjaga insan istimewa.

“Dalam telefi lem ini dari awal lagi penonton akan dihidangkan dengan konflik perkahwinan Shuhada dan Haikal.

“Selain hidup sukar, Haikal juga menjaga adiknya yang menghidapi masalah autism lakonan Nadhir.

“Jadi banyak konflik yang sebenarnya ada mesej berguna untuk dijadikan pengajaran juga,” jelas Faizal.

Ayah Jangan Nangis akan menemui penonton di Astro Prima pada 3 April bersamaan Syawal keempat pada jam 3 petang. Telefi lem ini juga boleh ditonton menerusi platform Sooka dan Astro One.

Selain iklan Astro Raya 2025 - Lain Macamnya Raya, Astro turut menyajikan 12 telefi lem raya baharu bermula 1 Syawal ini menerusi saluran Astro Ria, Prima & Ceria. Antara yang boleh dinantikan sepanjang raya ini termasuk telefi lem Rapun, Ayah Jangan Nangis, Terculik Sana Tertukar Sini, Jemaah Penanggan Kampung Lenggong, Pajak Raya, Setia di Hujung Ingatan, Cinta Untuk Sekali Lagi Raya, Andai Tiada Dia Raya, Pulau Cinta Syawal, Dia Punya Hati, Bintang Dari Beaufort dan OSOM.

Layari astroraya.com.my untuk maklumat lanjut mengenai kandungan Raya Astro 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!