Tiga pemandu Myvi lumba haram ditahan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki berusia 20-an ditahan kerana disyaki terlibat dalam perlumbaan haram membabitkan tiga kereta jenis Perodua Myvi di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, kesemua individu tersebut ditahan dalam operasi bermula pada jam 9 malam.

Zamri Samion (tengah).
Zamri Samion (tengah).

"Tiga kereta itu dikesan berlumba antara satu sama lain sejauh lima kilometer dari Bukit Tunggal sehingga ke bandar.

"Kesemua individu itu telah ditahan selain tiga kereta tersebut turut disita.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) Tahun 2025 di sini pada malam Khamis.

Sementara itu, Mohd Zamri berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 940 saman sejak Ops dijalankan bermula 24 Mac lalu sehingga semalam.

"Selain itu, lain-lain notis sebanyak 603 telah dikeluarkan serta lapan kenderaan turut disita dalam ops dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Saman tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dijalankan ke atas 5,544 kenderaan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!