Lebih 80,000 kenderaan sehari masuk Terengganu mulai esok

Wan Rukman menyerahkan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri peringkat negeri Terengganu di sempadan Terengganu-Kelantan dekat Kampung Lak Lok pada Khamis. Foto Bernama

A
A
A

JERTIH - Polis Terengganu menugaskan 22 pegawai dan 136 anggota polis trafik bagi memastikan kelancaran aliran trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, mereka akan ditugaskan di seluruh negeri sepanjang Op Selamat 24 yang bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

"Kita menjangkakan sebanyak 80,000 kenderaan akan memasuki negeri Terengganu setiap sehari menjelang Aidilfitri melalui Kelantan dan Pahang bermula esok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan Aidilfitri peringkat negeri Terengganu 2025 di pintu gerbang sempadan Terengganu-Kelantan dekat Kampung Lak Lok di sini hari ini.

Wan Rukman berkata, sepanjang Op Selamat 23 tahun lepas, sebanyak enam kes kemalangan maut direkodkan di negeri ini dan polis berharap tidak ada kejadian sama berulang sepanjang musim ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!