Jurujual kerdil mengaku tidak bersalah amang seksual fizikal budak

Mohamad Hafiz (kanan) diiringi polis di mahkamah pada Khamis.
Mohamad Hafiz (kanan) diiringi polis di mahkamah pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang jurujual yang juga merupakan lelaki kerdil, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah pusat beli belah terkemuka di sini, 16 Mac lalu.

Mohamad Hafiz Wan Ayob, 30, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Thalha Bachok@Embok Mok setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kepada kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meraba kemaluan dan mencium hidung mangsa di pusat beli-belah berkenaan sekitar jam 8.15 malam.

Oleh itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntukkan hukuman pwnjara selama tempoh yang tidak melebihi tempoh 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin memberitahu mahkamah bahawa kesalahan di bawah seksyen berkenaan adalah tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah RM20,000 sekiranya mahkamah ingin membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya memohon jaminan yang lebih rendah sebanyak RM5,000 atas alasan menanggung ibu bapanya dengan ibunya mengidap semput dan memerlukan ubat yang dibeli olehnya setiap bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 April depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!