Pesta Pelita Raya Pahang 2025

Pelbagai aktivit menarik diadakan sepanjang Pesta Pelita Raya Pahang 2025 yang berlangsung ketika tinjauan malam tadi.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang sedang menganjurkan Pesta Pelita Raya Pahang 2025, acara diadakan julung kalinya ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Pahang sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Pesta yang berlangsung bermula 20 Mac hingga 30 Mac 2025 di 11 daerah seluruh Pahang bertujuan untuk memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri disamping sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk, selain menarik minat pelancong untuk merasai sendiri keunikan tradisi ini di Pahang.
Setiap daerah menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya memasang pelita kreatif, persembahan kebudayaan, serta jualan makanan dan produk tempatan yang mencerminkan identiti negeri ini disamping dapat membawakan pengalaman baharu kepada pengunjung serta memperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
