Penduduk Palestin 'hilang' rumah selepas pulang berbuka puasa

No Image Caption
A
A
A

HEBRON - Sebuah keluarga Palestin kehilangan rumah mereka selepas ia dirampas oleh pelampau Yahudi.

Kejadian itu menimpa famili di Tel Rumeida di Hebron, wilayah Tebing Barat pada akhir minggu lalu ketika mereka keluar untuk berbuka puasa.

"Mereka terkejut selepas mendapati rumah itu telah diceroboh masuk malah tentera Israel turut menghalang keluarga itu menghampiri kediaman tersebut," menurut laporan media.

Ekstremis Yahudi itu mendakwa kononnya mereka telah membeli rumah itu.

Susulan insiden itu, kumpulan hak asasi manusia berpusat di Tel Aviv, Peace Now menegaskan tindakan sesuka hati sedemikian wajar dihentikan.

"Mereka semakin 'besar kepala' kerana perbuatan itu mendapat sokongan Zionis. Selepas merampas tanah, pelampau Yahudi semakin berani menceroboh harta benda milik penduduk Palestin.

"Ia jelas sebagai sebahagian daripada pelan jahat untuk menubuhkan penempatan haram baharu di Hebron," ujarnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!