Bapa lemas ketika cuba selamatkan anak jatuh sungai

Seorang lelaki maut ketika cuba menyelamatkan anaknya terjatuh ke dalam sungai di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, Klang pada Rabu.
Seorang lelaki maut ketika cuba menyelamatkan anaknya terjatuh ke dalam sungai di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG – Tindakan berani seorang bapa terjun ke sungai bagi menyelamatkan anaknya yang terjatuh ketika memancing di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, di sini, berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu dilaporkan lemas pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.42 malam.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Mukhlis, mangsa dikenali sebagai Mohd Sharif Md Yusof, 40, dikatakan terjun ke dalam sungai selepas anaknya, Muhamad Faris, 11, tergelincir dan terjatuh ketika memancing.

“Anak mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pasukan penyelamat berjaya menemukan mangsa kira-kira tiga meter dari lokasi kejadian pada jam 9 malam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!