Operasi Semut 1945

No Image Caption
A
A
A

Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempersembahkan aksi dramatik menerusi lakonan semula pendaratan pasukan payung terjun Unit Khas Z, dengan nama kod ‘Semut’, semasa raptai Lakonan Semula Operasi Semut 1945 di Padang Merdeka, Kuching, hari ini.

Operasi Semut merupakan siri misi peninjauan yang dilaksanakan oleh Unit Khas Z Australia semasa Perang Dunia II, sebagai sebahagian daripada Kempen Borneo di Sarawak. Pada tahun 1945, operasi yang dikendalikan oleh Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia (SRD) ini bertujuan mengumpul maklumat perisikan serta melatih penduduk asli tempatan dalam taktik peperangan gerila bagi menentang tentera Jepun.

Lakonan semula ini bukan sekadar memperingati lembaran penting sejarah, malah menampilkan kecekapan dan kepakaran pasukan elit TUDM dalam operasi ketenteraan khas, sekali gus membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi baharu. FOto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!