Penjawat awam Kelantan dapat 'duit raya' RM500

Kerajaan negeri Kelantan bersetuju meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 sebanyak RM500 kepada 9,000 penjawat awam negeri ini. Foto hiasan
Kerajaan negeri Kelantan bersetuju meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 sebanyak RM500 kepada 9,000 penjawat awam negeri ini. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri Kelantan bersetuju meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 sebanyak RM500 kepada 9,000 penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat pengumuman itu selepas menghadiri Mesyuarat Exco pada Rabu.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan bantuan membabitkan kos RM5 juta dan akan diagihkan bermula Khamis (esok).

"Pegawai lantikan politik dan guru pondok juga akan menerima bantuan khas berkenaan," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco pada Rabu.

Dalam pada itu Mohd Nassuruddin turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua untuk perantau di Dewan Yayasan Islam Kelantan bermula jam 8.30 malam.

"Rumah terbuka ini merupakan acara tahunan sebagai penghargaan kepada anak-anak Kelantan untuk meraikan kepulangan mereka," katanya.

Beliau juga berharap perantau yang mula pulang untuk berhari raya berhati-hati memandu dan lakukan pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

"Pastikan kenderaan kita diperiksa dan selamat serta berhemah semasa memandu. Kita tidak mahu berlaku tragedi yang meragut nyawa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!