Bandar bahagia, rakyat sejahtera

Selain Lipis dan Telupid (gambar), tujuh lagi bandar yang menerima anugerah sama bagi kategori Majlis Daerah ialah Cameron Highlands, Kuala Krai, Bandar Baharu Kedah, Jerantut dan Jelebu. Facebook Menarik Di Daerah Telupid
Selain Lipis dan Telupid (gambar), tujuh lagi bandar yang menerima anugerah sama bagi kategori Majlis Daerah ialah Cameron Highlands, Kuala Krai, Bandar Baharu Kedah, Jerantut dan Jelebu. Facebook Menarik Di Daerah Telupid
A
A
A

KEBAHAGIAAN bukanlah sekadar emosi, tetapi juga cerminan kesejahteraan rakyat. Bandar yang bahagia menandakan rakyatnya gembira, produktif dan mempunyai kualiti hidup yang tinggi.

Disebabkan itu, inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan 20 bandar paling bahagia baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Antara bandar bahagia yang tersenarai ialah daerah Telupid, Sabah; Lipis, Pahang; Kuala Krai, Kelantan; Bandar Baharu, Kedah; Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Jerantut, Pahang dan Jelebu, Negeri Sembilan bagi kategori majlis daerah.

Pengiktirafan ini menunjukkan bandar-bandar tersebut berjaya mewujudkan persekitaran kondusif dengan kemudahan awam yang baik, keselamatan terjamin dan komuniti yang harmoni.

Sebagai contoh, empat daerah di Pahang, iaitu Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Temerloh diiktiraf sebagai antara bandar paling bahagia tahun ini disebabkan faktor suasana kehidupan di daerah itu.

Pemilihan empat daerah berkenaan mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah bahawa kejayaan itu amat bertepatan dengan suasana kehidupan di daerah berkenaan, terutama di Lipis.

Baginda bertitah, gelaran bandar bahagia yang diberikan kepada Lipis amat bersesuaian memandangkan wajah setiap rakyat di daerah itu sentiasa tersenyum.

Situasi ini membuktikan kebahagiaan merupakan indikator penting yang mencerminkan kesejahteraan dan kepuasan hidup rakyat.

Masyarakat yang bahagia lebih cenderung untuk hidup harmoni, produktif serta menjalin hubungan sosial yang erat.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, ketidakbahagiaan boleh membawa kepada peningkatan sensitiviti dan mudah tersinggung apabila berdepan dengan provokasi sekali gus mencetuskan konflik dalam masyarakat.

Justeru, usaha meningkatkan kebahagiaan rakyat perlu menjadi keutamaan bagi memastikan keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara. Apa yang pasti, apabila rakyat bahagia, negara juga sejahtera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!