Remaja maut nahas tiga kenderaan

KULAI – Seorang remaja maut dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 23 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komosioner Tan Seng Lee berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam apabila motosikal ditunggang mangsa berusia 18 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta dipandu wanita berusia 21 tahun.
"Akibat pelanggaran itu, sebuah lagi motosikal ditunggang oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari arah belakang gagal mengelak dan melanggar motosikal mangsa yang terjatuh di atas jalan.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.
"Seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di muka dan kaki," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kulai, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 bagi membantu siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
