‘Raya Penuh Makna’ MR D.I.Y. gembirakan 14 rumah kebajikan

Ketua Kumpulan Pemasaran Kumpuan MR D.I.Y, Alex Goh (berdiri tiga dari kanan) bersama anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera Kuala Lumpur meraikan kempen ‘Raya Penuh Makna’.
Ketua Kumpulan Pemasaran Kumpuan MR D.I.Y, Alex Goh (berdiri tiga dari kanan) bersama anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera Kuala Lumpur meraikan kempen ‘Raya Penuh Makna’.
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ bersama Yayasan MR D.I.Y. iaitu cabang amal Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.), membawa kegembiraan kepada 14 rumah kebajikan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaleha Mohd Mydin berkata, program tersebut dibuat untuk menyokong komuniti setempat selain mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perpaduan.

Menurutnya, sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, mereka akan memastikan semangat kebersamaan dan kemurahan hati dapat dirasai oleh semua anggota masyarakat.

“Baru-baru ini kami telah berkunjung ke Rumah Bakti Nur Syaheera di Kuala Lumpur dan mengadakan majlis berbuka puasa yang amat bermakna.

“Untuk menceriakan lagi sambutan itu, kami turut menyampaikan kotak hadiah ‘Raya Penuh Makna’ yang mengandungi pelbagai barangan keperluan harian serta hiasan Hari Raya Aidilfitri, selain sumbangan baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM3,000.

“Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan, memupuk perpaduan malah juga memastikan tiada sesiapa yang berasa tersisih semasa sambutan Aidilfitri ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Zaleha, Yayasan MR D.I.Y. juga mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna pengangkutan awam.

Tambah beliau, sebanyak 400 pek bubur lambuk telah diagihkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), manakala 100 pek lagi diedarkan di stesen Semantan dan Kota Damansara.

Jelasnya, penyediaan bubur lambuk di TBS dijalankan dengan kerjasama sukarelawan Yayasan MR D.I.Y. dan jawatankuasa Masjid Taman Bukit Belimbing, Balakong untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan serta kemurahan hati.

Artikel Berkaitan:

“Kami amat berterima kasih kepada rumah-rumah kebajikan dan organisasi yang sudi menerima kehadiran kami serta berkongsi saat-saat istimewa ini bersama mereka.

“Sekalung penghargaan juga kami sampaikan kepada sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ ini.

“Kami berharap usaha ini dapat membawa keceriaan dan kegembiraan kepada semua yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!