Cuti 70 peratus pegawai, anggota bomba dibeku sempena Aidilfitri

JBPM membekukan 70 peratus atau 11,500 cuti pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri berada pada tahap tertinggi. Gambar hiasan (Gambar kecil: Kor Ming)
JBPM membekukan 70 peratus atau 11,500 cuti pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri berada pada tahap tertinggi. Gambar hiasan (Gambar kecil: Kor Ming)
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 70 peratus atau 11,500 cuti pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri berada pada tahap tertinggi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, baki 30 peratus lagi dibenarkan bercuti secara bergilir bagi memastikan kekuatan keanggotaan mencukupi.

"Kita ingin pastikan keseluruhan anggota kita berada pada tahap yang optimum dan kita juga terus bekerjasama dengan polis.

"Bomba sebagai tonggak penyelamat negara juga akan memainkan peranan sewajarnya dan 11,500 anggota bersiap sedia 24 jam," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Op Siaga Raya sempena Aidilfitri 2025, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap trend kebakaran semasa musim perayaan Aidilfitri mencatatkan penurunan menerusi Op Siaga Raya yang bermula 29 Mac hingga 3 April depan.

Pada 2024 menurutnya, sebanyak 1,303 panggilan kes kebakaran direkodkan iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding 1,068 kes pada 2023.

"Tahun ini kita sasarkan supaya trend menurun. Ini memerlukan kerjasama semua pihak kerana keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

"Semua pihak sebelum pulang ke kampung halaman, pastikan semua suis di rumah dimatikan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!