Polis siasat lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan universiti

Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor.
Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor.
A
A
A

SUBANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan lucah di sebuah perpustakaan universiti.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada orang awam berhubung dua video yang tersebar di media sosial pada Jumaat, jam 9.28 malam.

Menurutnya, video pertama menunjukkan lelaki terbabit melakukan kelakuan tidak senonoh secara terbuka di dalam perpustakaan sebuah universiti swasta sambil menonton video melalui komputer riba.

“Hantaran video kedua pula menunjukkan pelajar tersebut diarak masuk ke dalam kawasan kampus oleh pelajar lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan melakukan perbuatan seperti onani di dalam perpustakaan universiti sambil melihat video di komputer yang berada di hadapannya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan lucah atau mengaibkan di tempat awam.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor B. Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!