ADUN Kota Damansara, Izuan Kassim tawar diri tanding jawatan Timbalan AMK

Muhammad Izuan berkata, beliau memegang teguh prinsip berjuang demi keadilan sejak mahasiswa lagi dan ia bukan sekadar retorik.
Muhammad Izuan berkata, beliau memegang teguh prinsip berjuang demi keadilan sejak mahasiswa lagi dan ia bukan sekadar retorik.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kassim menawarkan diri sebagai calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Ketua AMK Selangor itu, beliau memegang teguh prinsip berjuang demi keadilan sejak mahasiswa lagi dan ia bukan sekadar retorik.

Menurutnya, pengalaman turun ke medan pilihan raya di seluruh Malaysia selama 13 tahun menjadi bekalan berharga buat dirinya.

"Oleh itu, saya memahami denyut nadi akar umbi dan cabaran sebenar di lapangan.

"Berbekalkan pengalaman ini, saya berikrar untuk memperkasa gerak kerja parti agar lebih tersusun, bersedia dan ampuh untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Muhammad Izuan berkongsi bahawa beliau bermula sebagai sukarelawan PKR pada tahun 2011.

"Saya kemudiannya memilih menyertai parti ini secara rasmi pada usia 23 tahun, dengan tekad memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia agar mendapat keadilan dan pembelaan sah di sisi undang-undang," katanya.

Beliau menegaskan bahawa pemilihan kali ini bukan sekadar memilih pemimpin.

Muhammad Izuan menegaskan, AMK bukan hanya sayap parti, sebaliknya ia adalah barisan hadapan perjuangan.

Artikel Berkaitan:

"Dengan Perdana Menteri datangnya dari PKR, menjadi tanggungjawab AMK untuk memastikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kukuh dan parti ini kembali merampas kerusi yang terlepas," katanya.

Beliau berkata bahawa semangat perjuangannya tidak pernah padam, dan tekadnya tidak pernah goyah. Justeru, beliau mengharapkan sokongan serta dokongan rakan-rakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!