Raikan Ramadan Bersama LBS untuk hargai semua pihak

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa - Raikan Ramadan Bersama LBS bagi dan menghargai rakan-rakan strategik termasuk media, pihak berkepentingan, institusi perbankan, serta penasihat undang-undang.
Majlis yang diadakan di Le Meridien, Petaling Jaya ini telah menghimpunkan seramai 350 tetamu termasuk para pengarah dan pengurusan kanan LBS sebagai tanda penghargaan atas sokongan serta kerjasama yang berterusan.
Dalam ucapannya, Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi yang telah menyumbang kepada kejayaan LBS.
Beliau turut menekankan pengiktirafan yang diterima oleh LBS sebagai salah satu Syarikat Pengurusan Terbaik di Malaysia oleh Deloitte selama tiga tahun berturut-turut iaitu untuk 2022, 2023 dan 2024.

LBS juga terus komited dalam membina ruang yang bermakna untuk komuniti, termasuk dewan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Surau Al-Amin di IPD Cameron Highlands.
Sorotan istimewa pada malam tersebut adalah persembahan Istimewa dari warga kerja LBS, yang mencerminkan pegangan utama syarikat – Believe, Become, Behold – sekaligus menonjolkan kreativiti dan semangat pasukan LBS.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
