12 buku bertentangan syariah, akhlak Islam dikenakan Perintah Larangan - MKI

Kenyataan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.
Kenyataan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua 12 buku yang dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu diharamkan.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Noh Gadut berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Media Berunsur Islam (JPMBI) Kali Ke-96 selepas mendapati kesemua 12 buku yang dibentangkan mengandungi ajaran dan fahaman bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah Al-Maturidiyyah), syariah serta akhlak islam yang dapat mengelirukan masyarakat Islam.

"Orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Buku yang dikenakan Perintah Larangan berkenaan ialah The Goal of The Wise oleh Abdullah Hashem Aba al-Sadiq (2022); Memahami dan Menyingkapi Tradisi Tuhan - Kebangkitan yang Dibenci tapi Dirindui oleh Ahmad Mesiyyakh (2022); Manusia Sebelum Adam tulisan Luqmanul Hakim Abdul Razak (2023) dan Suhuf Abraham serta Suka Duka Perjalanan Dhul Qarnain.

Turut dilarang adalah Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa; Perikatan Ulama - Negara Punca Autoritatianisme dan Kemunduran Dunia Muslim yang masing-masing merupakan karya Ahmet T Kuru pada tahun 2022 serta 2024.

Selain itu, Golongan Muslim Pertama, Sejarah dan Memori oleh Asma Afsaruddin (2018); Jalan Kebenaran Universal; Duhai Hati - Menarilah Bersamaku karya Ismail Ariffin @ Lepat (2023); Kaidah Moral dan Disiplin dan Penemuan Terbaru Akidah Bersanad Imam Al-Shafi’i’ oleh Sadr al-Din Abu al-Wafaʾ Sulayman Yusuf al-Yasufi (2024).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!