Ajinomoto menggalakkan hidangan sahur berkhasiat dengan Seri-Aji

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Memahami kepentingan bersahur untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan penyelesaian mudah dan lazat untuk menyediakan hidangan sahur berkhasiat dengan produk Seri-Aji.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, AMB baru-baru ini menganjurkan program ‘SamaSama BerSeri-Aji PPR’, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di PPR Seri Semarak dan PPR Kerinchi.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan amalan bersahur dengan hidangan berkhasiat, pada masa sama mengeratkan hubungan komuniti menerusi pelbagai aktiviti menarik.

Bagi mengukuhkan lagi inisiatif ini, program ‘Sama-Sama BerSeri-Aji PPR’ telah menghimpunkan lebih 300 penduduk, individu yang hadir menerima beg hadiah eksklusif serta berpeluang menyertai sesi rasa makanan, demonstrasi masakan oleh Chef Nur Farihin, aktiviti memasak yang menyeronokkan, dan cabutan bertuah.

Program ‘SamaSama BerSeri-Aji PPR’ mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di PPR Seri Semarak dan PPR Kerinchi.
Program ‘SamaSama BerSeri-Aji PPR’ mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di PPR Seri Semarak dan PPR Kerinchi.

Sementara itu, kanak-kanak turut berseronok dengan pelbagai permainan interaktif.

Selain itu, AMB juga telah mengedarkan sehingga 15,000 set hadiah kepada 10 lagi komuniti PPR untuk meraikan musim perayaan bersama.

Dalam masa yang sama, AMB mengumumkan pelancaran peraduan beli & menang ‘Bersahur Bersama Seri-Aji: Sahur Seribu Kebaikan’, yang menawarkan jumlah hadiah bernilai RM20,000.

Melalui inisiatif ini, Seri-Aji turut memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mendermakan RM1 kepada Tabung Amal bagi setiap penyertaan peraduan beli & menang.

No Image Caption

Usaha ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi juga menggalakkan rakyat Malaysia menikmati sahur yang lebih berkhasiat dan mudah.

AMB juga bekerjasama dengan KOL untuk berkongsi idea resipi mudah, di mana setiap perkongsian video akan menyumbang kepada tujuan ini.

Selain itu, AMB turut mengadakan aktiviti di lapangan seperti program bersama komuniti di lokasi PPR, siri jelajah ini juga bagi memperluaskan mesej kempen ini.

Bagi mereka yang ingin menyertai kempen bermakna ini, peraduan beli & menang menawarkan peluang menarik untuk membawa pulang hadiah lumayan.

No Image Caption

Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM20,000, peserta berpeluang memenangi pelbagai ganjaran menarik.

Tiga pemenang hadiah utama masing-masing akan membawa pulang jongkong emas seberat 5gram, manakala 16 x 10 pemenang mingguan akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 setiap seorang.

Cara penyertaan sangat mudah! Pelanggan hanya perlu membeli produk Seri-Aji bernilai RM8 atau lebih dalam satu resit dan menghantar gambar resit melalui WhatsApp di+60163630118 atau mengisi borang dalam talian di smartcooking.com.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!