Lagu raya lama ada jiwa, lagu baharu kurang feel

Lagu raya klasik tetap juara kerana keunikan melodi dan liriknya yang terus melekat dalam ingatan, merentas generasi. Foto123rf/hiasan
Lagu raya klasik tetap juara kerana keunikan melodi dan liriknya yang terus melekat dalam ingatan, merentas generasi. Foto123rf/hiasan
A
A
A

"SAYANG, Ya iya iya sayang, You ada mana sekarang?..." Itu antara bait lirik lagu raya baharu nyanyian Hael Husaini dan Nadeera yang kini rancak dimainkan di corong radio, media sosial dan pusat beli-belah. Bukan main lagi penangan lagu itu sampaikan ada yang membuat challenge tarian di TikTok.

Merak Jalanan teringat zaman kecil dulu, setiap kali nak raya, lagu-lagu klasik seperti Dendang Perantau, Selamat Hari Raya dan Suasana Hari Raya akan berkumandang di rumah. Sampai sekarang, lagu-lagu ini tetap jadi siulan.

Bukan nak kata lagu raya baharu tak sedap, malah banyak yang catchy dan segar dengan susunan muzik moden. Merak Jalanan suka lagu-lagu seperti Ketipak Ketipung Raya oleh Aisha Retno dan Aziz Harun. Tapi peliknya, setiap kali nak raya, lagu-lagu lama tetap yang paling syahdu di hati ramai orang.

Bak kata rakan Merak Jalanan, lagu raya lama ni ada ‘jiwa’, terus bagi feel raya walau baru lepas berbuka puasa. Dengar intro gitar Suasana Hari Raya pun dah rasa nak pasang pelita di halaman rumah!

Merak Jalanan minat melihat bagaimana lagu-lagu lama terus relevan, sedangkan lagu raya baharu walau viral, tetap cepat hilang ditelan masa. Tahun ini popular tahun depan dilupakan.

Mungkin sebab nostalgia. Lagu lama ada kenangan tersendiri – raya pertama tanpa arwah ayah, kemeriahan balik kampung atau sekadar memori zaman kanak-kanak bermain bunga api di beranda rumah.

Tapi tak salah pun nak layan lagu raya baharu, lebih-lebih lagi jika melodinya segar, susunan muziknya menarik dan liriknya mudah diingati.

Merak Jalanan percaya lagu apa pun masih boleh menceriakan suasana Aidilfitri, sama ada dimainkan di rumah, dalam kereta atau dalam TikTok sekali pun.

Artikel Berkaitan:

Cuma di hati Merak Jalanan, lagu raya klasik tetap juara kerana keunikan melodi dan liriknya yang terus melekat dalam ingatan, merentas generasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!