Serangan ke atas Gaza hanya satu permulaan - PM Israel

Benjamin Netanyahu.
Benjamin Netanyahu.
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran bahawa serangan besar-besaran ke atas Gaza hanya ‘satu permulaan’.

Beliau berkata, Hamas sudah merasai kesan serangan itu dalam tempoh lebih 24 jam yang lalu.

"Saya mahu berjanji kepada kamu dan mereka bahawa ini hanya permulaan," katanya menerusi kenyataan video yang dimuat naik pada petang Selasa.

Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, saling menuduh antara satu sama lain kerana melanggar gencatan senjata yang secara umumnya bermula sejak Januari.

Perjanjian tersebut memberi sedikit kelegaan kepada 2.3 juta penduduk Gaza berikutan sebilangan besar bangunan telah musnah.

Difahamkan, rundingan untuk meneruskan gencatan senjata fasa pertama sudah tamat, namun Israel dan Hamas tidak bersetuju untuk beralih ke peringkat seterusnya iaitu menamatkan perang.

Dalam pada itu, Netanyahu turut memaklumkan bahawa rundingan kini hanya akan berlaku ketika Gaza ‘di bawah serangan’.

"Tekanan ketenteraan penting untuk membebaskan tebusan tambahan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu bahawa lebih 400 mangsa terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak, malah masih terdapat sebilangan yang berada di bawah runtuhan.

Jurucakap UNICEF, Rosalia Bollen berkata, kemudahan perubatan yang musnah akibat perang kini berada dalam fasa kritikal dan tidak mencukupi. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!