OMSMC perkenal Cath Lab 2 dilengkapi Biplane Angiography dan PGx

Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC, Lee Soon Teck (dua, kanan) dan Pengarah Operasi Global Precision Diagnostics, Maria Phang Sue Chieng (dua, kiri) menunjukkan maklumat mengenai perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx).
Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC, Lee Soon Teck (dua, kanan) dan Pengarah Operasi Global Precision Diagnostics, Maria Phang Sue Chieng (dua, kiri) menunjukkan maklumat mengenai perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx).
A
A
A

MELAKA – Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkenalkan Cath Lab 2 yang beroperasi sepenuhnya dengan teknologi Biplane Angiography (Philips Azurion 7), serta perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx).

Cath Lab 2 berserta Sistem Philips Azurion Biplane Angiography ini merupakan pencapaian penting OMSMC dalam kardiologi intervensi dan elektrofisiologi, menawarkan pengimejan beresolusi tinggi, pendedahan radiasi yang berkurangan dan masa prosedur yang lebih singkat.

Teknologi ini sangat bermanfaat untuk kes jantung pediatrik, membolehkan visualisasi tepat struktur jantung rumit dan memastikan intervensi yang lebih selamat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC, Lee Soon Teck, pelancaran Cath Lab 2 mengukuhkan dedikasi OMSMC untuk merintis bidang penjagaan kesihatan jantung yang termaju di Malaysia.

“Dengan pelaburan dalam teknologi perubatan terkini, kami komited untuk memberikan penyelesaian penjagaan kesihatan bertaraf dunia bagi menambah baik keadaan pesakit dan mengubah kehidupan,” katanya.

Soon Teck berkata bahawa pelancaran Cath Lab 2 dengan sistem Biplane Angiography mengukuhkan komitmen hospital terhadap penjagaan kesihatan berkualiti dan kecemerlangan klinikal, sambil meletakkannya sebagai peneraju dalam rawatan jantung yang canggih.
Soon Teck berkata bahawa pelancaran Cath Lab 2 dengan sistem Biplane Angiography mengukuhkan komitmen hospital terhadap penjagaan kesihatan berkualiti dan kecemerlangan klinikal, sambil meletakkannya sebagai peneraju dalam rawatan jantung yang canggih.

Perubatan peribadi untuk hasil yang lebih baik

Artikel Berkaitan:

OMSMC juga telah bekerjasama dengan Global Precision Diagnostics (GPD) bagi melancarkan perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx), satu inisiatif cemerlang dalam perubatan peribadi.

Ujian PGx merupakan perkhidmatan farmakogenomik genom yang pertama disarankan secara klinikal di Malaysia dan telah menerima pengiktirafan dari Malaysian Book of Records 2023.

Menerusi penganalisaan lebih daripada 1,000 gen dan merangkumi lebih 500 ubat-ubatan biasa yang ditetapkan, PGx memperkasa profesional penjagaan kesihatan untuk menyesuaikan rawatan dengan profil genetik setiap pesakit. Ini sekali gus memastikan terapi yang lebih selamat dan lebih berkesan.

Selain itu, OMSMC telah diiktiraf Anugerah Jenama Terbaik Dunia The BrandLaureate 2024-2025, dalam kategori Kecemerlangan dalam Penjagaan Kesihatan Pelbagai Bidang dan Penyelesaian Pelancongan Perubatan (Excellence in Multidisciplinary Healthcare and Medical Tourism Solutions), sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan komitmen hospital dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Pengarah Perubatan OMSMC Dr Ong Kheng Wah bergambar bersama rakan perniagaan dan pemenang cabutan bertuah.
Pengarah Perubatan OMSMC Dr Ong Kheng Wah bergambar bersama rakan perniagaan dan pemenang cabutan bertuah.

Jelas Soon Teck lagi, pengiktirafan berprestij ini menunjukkan dedikasi hospital terhadap kemajuan piawaian penjagaan kesihatan dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai destinasi perubatan utama di rantau ini.

“Usaha berterusan kami dari segi inovasi perubatan dan penjagaan kesihatan yang diperincikan secara peribadi ternyata membezakan kami daripada yang lain.

“Pengenalan perkhidmatan PGx dan pengiktirafan terkini daripada BrandLaureate mengesahkan misi kami berada di barisan hadapan dalam kecemerlangan penjagaan kesihatan.

Kami sangat berterima kasih kepada rakan kongsi kami, profesional perubatan dan komuniti atas sokongan berterusan mereka,” katanya.

Selain itu, OMSMC berbangga menjadi hospital pertama di Melaka yang menyertai rangkaian Global Green and Healthy Hospitals (GGHH).

Pencapaian ini menegaskan komitmen kukuh hospital terhadap kelestarian melalui inisiatif seperti tenaga solar, penyejukan lestari dan pengurusan sisa, semuanya bertujuan untuk mempromosikan masa depan yang lebih sihat bagi pesakit, kakitangan dan komuniti.

Semua pencapaian penting ini diumumkan semasa majlis makan malam gala korporat OMSMC di Dusit Princess Melaka, yang dihadiri oleh 300 tetamu terhormat, termasuk rakan perniagaan, doktor am, persatuan industri, wakil korporat, media Melaka, ejen insurans, dan pihak berkuasa tempatan.

Dapatkan maklumat perkembangan inovasi terkini OMSMC di laman media sosial rasmi @OMSMCMelaka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.orientalmedical.com.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!