Lelaki warga India lemas di Tasik Dayang Bunting

Seorang lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi pada Rabu. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Seorang lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi pada Rabu. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi pada Rabu.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohd Zamri Abd Ghani berkata, mangsa dikenali sebagai Vivek Ashok, 55, ditemukan pada jam 2.29 petang.

"Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian lemas pada jam 12.05 tengah hari. Operasi pencarian di permukaan menemukan mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, difahamkan mangsa ke tasik itu untuk melakukan aktiviti air.

Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!